Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

One Step Closer

Assalamualaikum.

Fuhh.. fuhh. Tiup habuk dekat blog. Hehe. Lama dah tak update blog. rasa macam janggal pulak bila menaip entry ni. Huhu. Seriously banyak gila benda nak cerita. Tapi tula, kalau tak sibuk mesti malas. Aishhh. Ni pun sebab ada kawan yang minta buat entry pasal nie. So, apa yang one step closer nye niee kan. Alright, pada 10.2.2013 yang lepas, maka selamat la aku menjadi tunangan orang. Hee. Tunang je baru. Kalau boleh tak nak pun tunang nie. Nak nikah terus. boleh? haha.

Ramai yang cakap aku nie untung sebab parents sporting bagi green light tunang dan nikah awal nie. Tapiiii.. MasyaAllah. Banyak betul dugaan sebelum nak dapat green light nie. Dah macam2 drama jadi. Yela, aku nie student. and kami nie masih muda. Sorang 21 tahun. Sorang 23 tahun. Memang susah la dorang nak bagi keizinan. Tapi lepas kami pujuk dan yakinkan. Baru la dorang setuju. Selain tu aku buat solat istikharah dan solat hajat. Mintak petunjuk dari Nya adakah apa yang aku buat nie terbaik untuk aku. Alhamdulillah. Bila aku fikir masak2, aku rasa memang ini yang terbaik buat aku. 

Act, bila orang kata kenapa nak tunang dan nikah awal? Automatic aku akan tanya dorang balik. Kenapa tidak? Aku rasa kami dah kenal lama. Walaupun tak selama pasangan lain, tapi bagi aku lama la jugak. So, aku dah kenal hati budi dia, dan dia dah kenal aku, kami rasa tak pelu lah untuk kami 'couple' lama2. Lagipun aku rasa 'couple' nie macam affect dekat pelajaran aku. Makin lama makin lepu pulak. Haha. Macam alasan bodoh kan. Tapi tula kenyataan.

Masa tunang ni fikir tak nak la meriah sangat. Ingat nak pakai baju kurung je. Duduk atas lantai. Panggil sedara satu dua keluarga. Kononnye la. Tapi amik kau. Khemah sebijik, dengan mini daisnye. Baju tempah harga macam dan nak nikah. Haha. Serius memang unexpected. Tak ada rujukan dari keluarga terdekat sebab aku yang first bertunang. Tapi memang banyak aku belajar dari majlis nie. Paling penting lepas nie. Jangan MEMBAZIR. Selagi boleh cut cost, sila la cut. Haha. Rujukan untuk majlis seterusnye :)

Paling tak dapat lupa part baju. Beli kain dekat Gulatis. Biasa la. Tak tahu sangat pasal kedai kain nie. Sekali ambikk. Mahal ya amat. Dah la kain tak cukup. Nak pergi dekat kedai kain lain memang tak jumpa kain yang sama. So terpaksa la beli for second round -_-. Baju tempah dekat Amira Collection Arked MARA Kajang. Veil pula dekat kedai Bangi Utama. Memang bajet banyak habis dekat baju dan veil. Huhu

Untuk bunga tangan, aku beli dekat KK deco mart and mintak dorang gubahkan skli. Tak mahal sangat. Bawah RM 50 tak silap. Tapi lama jugak dekat situ pilih bunga. Artificial flower je pun. Huhu

Well, masa majlis nie kawan2 and family yang tolong. Semua DIY. Malam tu kerah kawan tolong buat dais. Kesian dorang taw. Pagi sebelum majlis baru la pelamin siap. Huhu. My dais ni pak cik yang tolong buat kan dari papan yang tak taw la amik dari mana. Hehe. Decoration cuma dari bunga tisu yang dibuat oleh kawan2 tersayang :) 2 lampu tidur, carpet and ect.

Aku turun untuk sarung cincin lepas habis sesi keluarga berbincang. Perasaan jangan cakap la. Nervous semacam. Time tu pulak peluh berjurai2 keluar. Nasib baik sempat capai tisu sebelum keluar. Haha. Dari first turun tu flash camera merata2. Tiba2 terkaku. I was like. Aku  ada hired photographer ke? Huhu. So oleh sebab ni first time aku. Rasa macam artis gitu. Ngeh2.

Gambar diambil guna handphone canggih dan kamera kawan2 serta keluarga. Tak mampu nak hired photographer. Sobsob

So, both family dah plan tak nak bertunang lama2. Kteorang plan nikah 9. 11. 2013. Guys, Please pray for us :) Okay let's the pictures do the talking.

my DIY mini dais. Thanks buddies and family :')
Masa ni tangan terketar2. Haha
My mother in law-to-be :)
Act make up nie boleh tahan tebal. Nak buka mata pun rasa berat je. Kihkih
My first bestfriend. Ibu yang penyayang. Tapi susah sikit nak tunjuk sayang tuu :')
Sisters :D
Haziq dan Faris. Dua2 adik lelaki :)

My big happy family :)







Thanks so much kawan2 dan keluarga yang banyak tolong dari sebelum majlis sampai la lepas majlis. Jasa korang memang takkan dilupakan. :')


Tinggal kurang 4 bulan lagi.
Banyak lagi benda tak settle. Sob sob


Wednesday, October 12, 2011

bertukar!

hye buddies.

aiyooo...tak tetap pendirian la aku nie. aritu aku cari keje n aku dapat dekat econsave. punye la senang. time tu jgk aku kena interview n i GOT the job as a cashier. waaaa...gembiranya hati.orang cakap, gembira tak berpanjangan. tapi aku tak expect sekejap sangat. next day aku terfikir. how the job will looks like. pastu dgn suasananye lagi. senang cite aku tak suka la kalau keje kat situ. kalau bole, aku nak keje kt industri makanan. yang bole dapat makan free. haha. yelaaaa..klu aku dapat break free, jimat la sikit duit belanja kan. ekeke. mesti orang cakap aku nie kedekut nak mati kan. im sorry. but u guys are wrong. aku buat untuk latih diri aku, macam mana nak hidup kalau poket da nipis.haha. tapi bukan tiap2 hari nak mkn free. nnti tak pasal2 muntah pulak makan benda yang sama. 4 hari makan free, 2 hari beli nasi ayam ke spegeti ke ok la kan. so bakal2 yang nak buat part time tu, guna la tip nie. tape tip nie free je. hee

ok,sambung cerita tadi. melencong jauh ha.. pastu aku pun dicide nak apply kt pizza hut ( lasagna. yum2.. ). pegi pizza hut tanye pasal keje kosong, manager tu cakap, dorang nak min 2 bulan. so,bukan rezeki aku la nak keje kt situ. mesti manager tu takut aku melantak piza2 kt situ sampai habis kan. mind reader betul la manager tu.aissshhh

so,next station, aku pegi mintak kt kfc plk. mintak borang n isi then time jgk aku kena interview. senang gila. okay.ni lagi satu tip.kalau korang apply keje, korang apply la time pukul 2-3 ptg cmtu. time tu, customer tak la banyak sangat. so,bole r korang kena interview time tu jgk. klu korang pegi time banyak customer, manager mesti la banyak keje n x dapat la nak beramah mesra. so terpaksa la tunggu sampai dorang call untuk interview. kan da wasting kt situ. nnti dapat call nk kena pegi lagi kt tempat tu. bazir minyak jee kan. p/s: tip nie bole digunakan untuk apply kt restoran2 sahaja. kalau ekau nak apply kt pejabat ke, tak taw la den. x penah try -_-'

eh,aku x cakap lg keputusan keje aku kt kfc tu kan. see melencong lagi. so,senang2 aku dapat keje kt kfc tu jgk.. ha, mana aku nak sekarang. time nie la ditelan mati kucing diluah mati hamster -.-" then bincang2 dgn tutttt, dia cakap masuk la balik mcd. erkkkkk..kecik besar,kecik besar je aku tgk dye. dulu aku tanye dia kata x bole.laa nie bole la pulak. taw la jeles x nak bagi kte keje tempat lain.hikhik. nasib baik sayang.. kalau tak, suh belanja aiskrim.tehee

dia yang tolong tanye kan manager yg recruit crew ( abg zul ) sama ada aku bole tak keje kt situ.aku tunggu dalam kereta je. then dia suh aku masuk jumpa abg zul.what theeeeee.....seram u... pung pang pung pang. cakap tu, cakap nie, so aku boleh keje.UNBELIEVABLE! aku memang nak keje kt situ. tak taw la nape. mcm x bole dipisahkan pulak. huhu. aku decide nak keje mcd balik r. lagipun dekat dgn dia :) ehem2, keje is keje k.profesional please... tak nak kisah lalu berulang semula.ecece..

im so so so so sorry econsave n kfc. jangan marah saya naaa.. fuhh now cuak gila nak start keje.relax azni. u can do it! do not listen to others. they don't pay for your work. ayaya...manyak takut maa. i hope everything goes well. do pray for me guys... alah azni. keje je pun x payah nak gelabah sangat. ok fullstop!
maaaaaaaaaaaaaa seram! okay,sila ketuk aku. sikit je..jgn banyak2. huhu

mcd bangi dt :)

tak sabar nak keje!

Sunday, October 9, 2011

third sem break

hey buddies.

omaiiii..cmne aku bole tinggalkan blog aku cmnie.sori wahai blog kesayangan..i didn't mean it.

okay.my third sem break da start.cmne exam?jangan ditanya.i think part 3 is the worst part ever.

time lecture weeks okay je belajar.rasa macam dah boleh jawab.kalau boleh nak exam esok.so,kte x payah la study byk2 sbb rasa subjek untuk this part boleh tahan senang -_-"

then bila da start study week.ha,amik kau.eh2,AKU.terkial2 nak ingat apa yang da belajar sepanjang sem 3 nie.time tu la nk sumbat 6 subjek dalam kepala.menyesal la aku ckp.dan2 time nie nak menyesal kan.

so moral of the story,pleaseeeeee...jgn overconfidence.walau korang rasa senang sangat subjek korang tu sampai budak kecik pun bole jawab.uikss -.-'.korang anggap je susah nak mati.with that,korang akan berusaha,barusaha,berusah dan berusaha lagi.

boleh tak nak tengok result sambil tutup mata?sob sob sob :(