Thursday, October 11, 2012

sayangi adik2 anda


assalamualaikum.


tajuk entry di atas tade kena mengena dengan kes penderaan adik atau pembuangan adik. sekian :)

aku suuuuuka sangat taw kalau keluar angkut sekali adik2. tak kisah la bila keluar nak pegi beli goreng pisang ke, beli ikan bilis ke, pegi dating ke. kalau adik2 ada depan mata time aku decide nak keluar, terus aku panggil dorang siap. kalau sorang tak nak, aku panggil yang lain. adik beradik banyak. apa ada hal. haha. tapi memang selalunye dorang akan ikut la cakap aku and akan temankan.

tapi,ada certain people tak suka bawak adik2 bila sedang berjimba2 atau dikerah jadi bibik pergi ke pasar. alasannye sebab semak kepala bila bawak adik2 nie. eh,aku tak tipu taw. kawan aku sendiri yang cakap cmni. nama tak perlu la disebut. malu la dia taw.

so, apa motif aku bagitaw pasal nie? suka hati hang la nak nak bawak adik2 ke, kucing ke. ado aku kisah? tak gitu korang? wuuuu -_-'

tak.. aku saje je  nak kongsi kat korang semua kenapa aku suka sangat bila keluar ajak adik2 nie. antara sebab2nye adalah... jeng jeng jeng :)


1) sebagai pembantu angkat barang

bila dah beli belah nie mesti la banyak barang yang ada kt tangan kte. nak2 lagi bila dekat pasar malam. oleh sebab tak nak dilabelkan sebagai seorang yang tamak dan rakus bila membeli belah, terpaksa la bahagi2 kan barang. sharing is caring kan. sharing angkat barang pun bole la. balik tu semua aku punya. hehe

2) sebagai peneman

korang pernah nampak puteri raja jalan sorang2? tak kan. so, sebab nak feeling2 pwincess, aku bawak la adik2 ku nie bila keluar. tapi adik aku semua kecik lg. dua org je yang besar. so kalau aku bwk adik2 yg kecik nie punah la impian aku nak feeling2 pwincess  nie. instead aku mcm baby-sitter bwk anak2 majikan aku jalan.sob sob -_-'




3) sebagai penjaga tempat

waaa... nie memang tak menyesal kalau bawak adik. bayangkan. korang nak pegi makan kt tempat yang raaaaamai gila orang. mata melilau nak cari tempat. kalau duduk lepastu order tape la. kalau kena beratur nak order cmne? memang sgt terbazir masa di situ ye. so, bila ada adik2 nie bole la arah dorang mencari tempat dan aku beratur order makanan :)



4) sebagai pelari marathon

eh, takkkk.tak suruh pun adik aku pegi join larian amal ke apa. cuma bila bawak dorg keluar nie boleh la suruh lari selaju yang mungkin untuk jaga barisan. macam nak pegi tengok movie. kalau lambat abis la tiket semua sold out. wuu. bole je kalau aku nak lari. tapi faham2 sendiri la apa orang akan kata bila dah tua gabak nie lari sebab nak mengatasi orang lain beli tiket. hehe. kalau lari kejar peragut boleh terima gak. ye dak? huhu



haaaaa..tu jela kot sebab2 kenapa best sangat keluar bawak adik2 nie. tapi ada jugak yang tak best nye sebab bila dah bawak dorang mesti la aku pun kena tanggung segala perbelanjaan makan minum, tiket semua kan. wuuuu. deras la duit aku mengalir  -_-'

baru perasan gambar dengan adik2 sikit gila! banyak dengan ehem2 je. eh? haha



apa2 pun saya seorang kakak
 yang garang dan kejam.
sekian 

Saturday, October 6, 2012

sikit lagi :')


Assalamualaikum.


"when you get into a tight place and everything goes against you, 
till it seems as though you could not hang on a minute longer, 
never give up then, 
for that is just place and time that the tide will turn"  :')





Monday, August 13, 2012

Life isn't easy


Assalamualaikum.



tahun nie rasanya tahun yang paling mencabar untuk aku. even tak sampai lagi end year. serious. macam2 benda berlaku. and of course beyond my control. tapi paling penting aku dapat belajar yang tak semua kita nak, kita akan dapat. walaupun sedih, tapi kena terima jugak. may be Allah nak bagi yang lagi baik untuk kita. selalu kena ingat! Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

dannnnn... aku belajar untuk kejar apa yang aku nak. dulu semua yang aku nak petik je jari, pufff.. ada dah dekat depan mata. sekarang,wuuuuuu.. sorang2 la cari/selesaikan sendiri. -_-' somehow, bagus jugak semua nie terjadi dekat aku. then boleh la aku realize yang aku nie dah besar/tua. 20 tahun dah. mesti kena berdikari untuk hidup. tak selamanya semua orang boleh jaga kita. so, sila berusaha ye cik Azni.

hehe. serious pulak post nie. saje nak meluah kata hati. annoying tak? ngee :) raya nak dekat. tak sabar nak jumpa sedara mara more mori. happy holidays korang. bai bai. xoxo :)

life isn't easy
we can dream,
but don't let our dreams
just be dreams

Friday, March 16, 2012

okay,let's do it





this is the time
hope everthing is going well
may Allah help us.