Friday, October 14, 2011

super kakak!

hye buddies.

fuh, penat sungguh jadi babysitter nie. ingat senang ke nak jaga 9 orang budak? SEMBILAN okayyyy. and i do it alone. bermula la episode percutian aku bersama adik2 n adik2 sedara tersayang.pagi2 kejutkan semua bangun pegi sekolah. senang je kejutkan dorang nie. ikut cakap betul. ok,tipu je... rumah dah macam nak roboh time aku kejutkan dorang bangun pagi.mak aiiih... liat betul dorang nie nak bangun. kena aku jerit2 macam tarzan dulu baru nak bangun. baru nak upgrade jadi perempuan melayu terakhir cuti nie =_=

lepas da siap2 semua n breakfast, aku hantar adik2 aku seramai 6 org tu pegi sekolah. dua trip okayy.. mula2 hantar azra pegi sekolah rendah. then haziq n emin pegi sekolah menengah. balik je hantar dorang, aku hantar hazim, dina n dini pegi sekolah agama. lepas da hantar semua, aku pegi pasar pulak. nak beli ikan, ayam, daging. wahh.rajin betul aku nie kan. ibu kata nak beli barang dapur, kena pegi pagi2. sebab semua tu fresh lagi. okay...lagi sekali tipu. aku pegi kedai beli roti je.haha. roti nie untuk adik2 sedara aku 3 orang kt rumah. roti lain da kena baham awal2 ngn adik2 aku. x tinggal sikit pun. wuuuu

lepas breakfast, pegi basuh baju plk. bukan berus, masuk mesin je. kang aku berus pengsan pulak sebab baju banyak GILA!. tekan2 mesin. ok done. pastu siap2 nak pegi sekolah amik trial result haziq n terus pegi. nak amik result punye la lama. parents pot pet pot pet pasal anak depa kt cikgu. masalahnye perlu ke bagitaw semua perangai anak bila dekat rumah? rasanye x perlu la kan. kalau sekejap tape.nie ada yg sampai 20 minit -_-' parents yang duduk dekat luar lagi kesian. dah la panas. nasib baik ada teman nak buat gosip kan makcik. aku sorang je ibu muda (baca: kakak) dekat situ. teheee

sampai turn aku...'eh, aznida..lama x jumpa.macam mana sekarang? sekarang belajar mana?'..waaaa..cikgu ingat aku lagi setelah dua tahun aku pergi meninggalkan sekolah itu.ecece..then, cakap pasal result haziq. mak aiiihhhh. bapak teruk. adik aku ke nie? huuuu. nangis2... maaf, result dirahsiakan demi menjaga kemaluan (baca: maruah) adik aku. tapi kesian gak dengan haziq nie. asyik kena compare je dgn aku. cikgu selalu cakap 'cuba awak jadi macam kakak awak nie...rajin,bla bla bla...' -.-'. walaweeeeeeehhh. tipu r kalau aku kata seluar n baju aku nie x terkoyak sebab perasaan riak, ujub, takabur. haha. tade la.. i used to hear that thing many times. so dah x rasa pape lagi. heee (jangan percaya okay...). soh seh soh seh sikit ngn cikgu lepastu kteorg pun balik.aiyookkk abis la ko haziq.huu~

tang tang tang... da pukul 10 nasi tak tanak lagi, lauk x masak lagi. macam mana nie.... arghhhh pening kepala, otak, tengkorak semua. sempat ke nak buat sume nie. adoiii..so, tanak la nasi sbb 10.45 nak amik adik2 dari sekolah agama. tanak nasi 45 minit wa cakap lu... (7 minit je pun) lepastu pegi on fb.aku depan lappy, adik2 sedara aku suh belajar. bagus kan? heee

okay,aku memang x pandai nak pendekkan cerita. tapi try jgk la eh. lepas amik hazim, dina n dini, aku pun start memasak. waaahhhh memasak u... :)
simple je masakan aku hari nie. ayam masak merah ngn sayur bendi. simple kan?
so...nie la lauk yang aku masak dgn penuh kasih sayang untuk adik2 tercinta

ayam goreng 3 ketul kecik tu untuk sape yang degil
x bole makan banyak2. okay, tipu lagi.
ayam goreng tu ntuk bdk kecik yang x makan pedas la.
kang bagi makan pedas, kena tuduh nak bunuh
anak orang pulak.. =_='

lepas amik azra n emin,kteorang pun makan. aku rasa budak2 nie takkan abis kan lauk2 nie.yela, rasa2nye sedap ke tengok? tapi,lepas dorang abis makan aku tengok licin je -_-'. kebulur apa dorang nie? so, sesi soal jawab pun berlangsung.

aku : sedap ke kakak masak?
adik2 : SEDAP! sedap sangat kak..
aku : -_________-

tak termakan dgn pujian korang sbb aku taw aku je satu2 nye orang yang akan masakkan untuk korang.huhuhuhuhu~
and lepas mkn mula busy balik. anta adik pegi sekolah rendah pulak. rehat2 kejap, anta haziq pegi tusyen plk. aku rasa kereta kembara tu da mcm rumah kedua aku. banyak masa abis dalam kereta je.huhu. malam pun busy gak wehhh. anta haziq pegi tusyen plk. adehhhh. penat gila!
baru sekarang aku dapat rasa apa yang ibu buat selama ni. wuuuu~ penat. huhu

okay kita noktahkan saja di sini. da penat nak menaip. ngeee...

squirrel yang budak2 nie tangkap petang tadi =_=



nak masak apa pulak untuk esok eh?
telur goreng n ikan masin pun bole.tehee :)

Wednesday, October 12, 2011

bertukar!

hye buddies.

aiyooo...tak tetap pendirian la aku nie. aritu aku cari keje n aku dapat dekat econsave. punye la senang. time tu jgk aku kena interview n i GOT the job as a cashier. waaaa...gembiranya hati.orang cakap, gembira tak berpanjangan. tapi aku tak expect sekejap sangat. next day aku terfikir. how the job will looks like. pastu dgn suasananye lagi. senang cite aku tak suka la kalau keje kat situ. kalau bole, aku nak keje kt industri makanan. yang bole dapat makan free. haha. yelaaaa..klu aku dapat break free, jimat la sikit duit belanja kan. ekeke. mesti orang cakap aku nie kedekut nak mati kan. im sorry. but u guys are wrong. aku buat untuk latih diri aku, macam mana nak hidup kalau poket da nipis.haha. tapi bukan tiap2 hari nak mkn free. nnti tak pasal2 muntah pulak makan benda yang sama. 4 hari makan free, 2 hari beli nasi ayam ke spegeti ke ok la kan. so bakal2 yang nak buat part time tu, guna la tip nie. tape tip nie free je. hee

ok,sambung cerita tadi. melencong jauh ha.. pastu aku pun dicide nak apply kt pizza hut ( lasagna. yum2.. ). pegi pizza hut tanye pasal keje kosong, manager tu cakap, dorang nak min 2 bulan. so,bukan rezeki aku la nak keje kt situ. mesti manager tu takut aku melantak piza2 kt situ sampai habis kan. mind reader betul la manager tu.aissshhh

so,next station, aku pegi mintak kt kfc plk. mintak borang n isi then time jgk aku kena interview. senang gila. okay.ni lagi satu tip.kalau korang apply keje, korang apply la time pukul 2-3 ptg cmtu. time tu, customer tak la banyak sangat. so,bole r korang kena interview time tu jgk. klu korang pegi time banyak customer, manager mesti la banyak keje n x dapat la nak beramah mesra. so terpaksa la tunggu sampai dorang call untuk interview. kan da wasting kt situ. nnti dapat call nk kena pegi lagi kt tempat tu. bazir minyak jee kan. p/s: tip nie bole digunakan untuk apply kt restoran2 sahaja. kalau ekau nak apply kt pejabat ke, tak taw la den. x penah try -_-'

eh,aku x cakap lg keputusan keje aku kt kfc tu kan. see melencong lagi. so,senang2 aku dapat keje kt kfc tu jgk.. ha, mana aku nak sekarang. time nie la ditelan mati kucing diluah mati hamster -.-" then bincang2 dgn tutttt, dia cakap masuk la balik mcd. erkkkkk..kecik besar,kecik besar je aku tgk dye. dulu aku tanye dia kata x bole.laa nie bole la pulak. taw la jeles x nak bagi kte keje tempat lain.hikhik. nasib baik sayang.. kalau tak, suh belanja aiskrim.tehee

dia yang tolong tanye kan manager yg recruit crew ( abg zul ) sama ada aku bole tak keje kt situ.aku tunggu dalam kereta je. then dia suh aku masuk jumpa abg zul.what theeeeee.....seram u... pung pang pung pang. cakap tu, cakap nie, so aku boleh keje.UNBELIEVABLE! aku memang nak keje kt situ. tak taw la nape. mcm x bole dipisahkan pulak. huhu. aku decide nak keje mcd balik r. lagipun dekat dgn dia :) ehem2, keje is keje k.profesional please... tak nak kisah lalu berulang semula.ecece..

im so so so so sorry econsave n kfc. jangan marah saya naaa.. fuhh now cuak gila nak start keje.relax azni. u can do it! do not listen to others. they don't pay for your work. ayaya...manyak takut maa. i hope everything goes well. do pray for me guys... alah azni. keje je pun x payah nak gelabah sangat. ok fullstop!
maaaaaaaaaaaaaa seram! okay,sila ketuk aku. sikit je..jgn banyak2. huhu

mcd bangi dt :)

tak sabar nak keje!

Tuesday, October 11, 2011

finally

Hey buddies.

today was so wonderful.
i got a job and i met my bestie, syafiqah.
i love her like she is part of my family.
syafiqah..I LOVE YOU! tehee :)















ECONSAVE, here i come!


Sunday, October 9, 2011

third sem break

hey buddies.

omaiiii..cmne aku bole tinggalkan blog aku cmnie.sori wahai blog kesayangan..i didn't mean it.

okay.my third sem break da start.cmne exam?jangan ditanya.i think part 3 is the worst part ever.

time lecture weeks okay je belajar.rasa macam dah boleh jawab.kalau boleh nak exam esok.so,kte x payah la study byk2 sbb rasa subjek untuk this part boleh tahan senang -_-"

then bila da start study week.ha,amik kau.eh2,AKU.terkial2 nak ingat apa yang da belajar sepanjang sem 3 nie.time tu la nk sumbat 6 subjek dalam kepala.menyesal la aku ckp.dan2 time nie nak menyesal kan.

so moral of the story,pleaseeeeee...jgn overconfidence.walau korang rasa senang sangat subjek korang tu sampai budak kecik pun bole jawab.uikss -.-'.korang anggap je susah nak mati.with that,korang akan berusaha,barusaha,berusah dan berusaha lagi.

boleh tak nak tengok result sambil tutup mata?sob sob sob :(