Wednesday, July 24, 2013

One Step Closer

Assalamualaikum.

Fuhh.. fuhh. Tiup habuk dekat blog. Hehe. Lama dah tak update blog. rasa macam janggal pulak bila menaip entry ni. Huhu. Seriously banyak gila benda nak cerita. Tapi tula, kalau tak sibuk mesti malas. Aishhh. Ni pun sebab ada kawan yang minta buat entry pasal nie. So, apa yang one step closer nye niee kan. Alright, pada 10.2.2013 yang lepas, maka selamat la aku menjadi tunangan orang. Hee. Tunang je baru. Kalau boleh tak nak pun tunang nie. Nak nikah terus. boleh? haha.

Ramai yang cakap aku nie untung sebab parents sporting bagi green light tunang dan nikah awal nie. Tapiiii.. MasyaAllah. Banyak betul dugaan sebelum nak dapat green light nie. Dah macam2 drama jadi. Yela, aku nie student. and kami nie masih muda. Sorang 21 tahun. Sorang 23 tahun. Memang susah la dorang nak bagi keizinan. Tapi lepas kami pujuk dan yakinkan. Baru la dorang setuju. Selain tu aku buat solat istikharah dan solat hajat. Mintak petunjuk dari Nya adakah apa yang aku buat nie terbaik untuk aku. Alhamdulillah. Bila aku fikir masak2, aku rasa memang ini yang terbaik buat aku. 

Act, bila orang kata kenapa nak tunang dan nikah awal? Automatic aku akan tanya dorang balik. Kenapa tidak? Aku rasa kami dah kenal lama. Walaupun tak selama pasangan lain, tapi bagi aku lama la jugak. So, aku dah kenal hati budi dia, dan dia dah kenal aku, kami rasa tak pelu lah untuk kami 'couple' lama2. Lagipun aku rasa 'couple' nie macam affect dekat pelajaran aku. Makin lama makin lepu pulak. Haha. Macam alasan bodoh kan. Tapi tula kenyataan.

Masa tunang ni fikir tak nak la meriah sangat. Ingat nak pakai baju kurung je. Duduk atas lantai. Panggil sedara satu dua keluarga. Kononnye la. Tapi amik kau. Khemah sebijik, dengan mini daisnye. Baju tempah harga macam dan nak nikah. Haha. Serius memang unexpected. Tak ada rujukan dari keluarga terdekat sebab aku yang first bertunang. Tapi memang banyak aku belajar dari majlis nie. Paling penting lepas nie. Jangan MEMBAZIR. Selagi boleh cut cost, sila la cut. Haha. Rujukan untuk majlis seterusnye :)

Paling tak dapat lupa part baju. Beli kain dekat Gulatis. Biasa la. Tak tahu sangat pasal kedai kain nie. Sekali ambikk. Mahal ya amat. Dah la kain tak cukup. Nak pergi dekat kedai kain lain memang tak jumpa kain yang sama. So terpaksa la beli for second round -_-. Baju tempah dekat Amira Collection Arked MARA Kajang. Veil pula dekat kedai Bangi Utama. Memang bajet banyak habis dekat baju dan veil. Huhu

Untuk bunga tangan, aku beli dekat KK deco mart and mintak dorang gubahkan skli. Tak mahal sangat. Bawah RM 50 tak silap. Tapi lama jugak dekat situ pilih bunga. Artificial flower je pun. Huhu

Well, masa majlis nie kawan2 and family yang tolong. Semua DIY. Malam tu kerah kawan tolong buat dais. Kesian dorang taw. Pagi sebelum majlis baru la pelamin siap. Huhu. My dais ni pak cik yang tolong buat kan dari papan yang tak taw la amik dari mana. Hehe. Decoration cuma dari bunga tisu yang dibuat oleh kawan2 tersayang :) 2 lampu tidur, carpet and ect.

Aku turun untuk sarung cincin lepas habis sesi keluarga berbincang. Perasaan jangan cakap la. Nervous semacam. Time tu pulak peluh berjurai2 keluar. Nasib baik sempat capai tisu sebelum keluar. Haha. Dari first turun tu flash camera merata2. Tiba2 terkaku. I was like. Aku  ada hired photographer ke? Huhu. So oleh sebab ni first time aku. Rasa macam artis gitu. Ngeh2.

Gambar diambil guna handphone canggih dan kamera kawan2 serta keluarga. Tak mampu nak hired photographer. Sobsob

So, both family dah plan tak nak bertunang lama2. Kteorang plan nikah 9. 11. 2013. Guys, Please pray for us :) Okay let's the pictures do the talking.

my DIY mini dais. Thanks buddies and family :')
Masa ni tangan terketar2. Haha
My mother in law-to-be :)
Act make up nie boleh tahan tebal. Nak buka mata pun rasa berat je. Kihkih
My first bestfriend. Ibu yang penyayang. Tapi susah sikit nak tunjuk sayang tuu :')
Sisters :D
Haziq dan Faris. Dua2 adik lelaki :)

My big happy family :)







Thanks so much kawan2 dan keluarga yang banyak tolong dari sebelum majlis sampai la lepas majlis. Jasa korang memang takkan dilupakan. :')


Tinggal kurang 4 bulan lagi.
Banyak lagi benda tak settle. Sob sob


No comments:

Post a Comment